Sumbangan J. F. Oberlin

Oberlin berhasrat untuk meningkatkan mutu kehidupan dan spiritual penduduk setempat. Pada permulaannya, beliau mendorong penduduk setempat untuk menambahbaik infrastruktur pengangkutan sedia ada[3] dengan membina jalan menerusi lembah-lembah dan membina jambatan. Kemudian, beliau memperkenalkan sistem agrikultur yang telah ditambahbaik[3]. Selain itu, rumah-rumah penduduk banyak dibina dan pelbagai industri seni kreatif diperkenalkan.

Oberlin merupakan orang yang mengasaskan perpustakaan mudah alih, prasekolah[4] dan menubuhkan sekolah biasa di tiap-tiap lima perkampungan yang terdapat di situ. Dalam usahanya membangunkan pendidikan di perkampungan itu, beliau menerima banyak bantuan daripada pembantu rumahnya, Louisa Scheppler (1763–1837)[4]. Selain itu, beliau juga menubuhkan bank untuk urusan simpanan dan pinjaman[5], serta memperkenalkan industri pembuatan kapas.

Walaupun begitu, Oberlin merupakan seorang lelaki yang memiliki perwatakan yang agak warak namun jarang ditemui. Beliau sering digayakan sebagai seorang "ulama gereja Prostestan", seorang paderi cemerlang, di mana beliau selalu berkhutbah setiap bulan; tiga khutbah dalam bahasa Perancis dan satu dalam bahasa Jerman[5].

Pada tahun 1812, Daniel Legrand melawat Steinthal (Ban de la Roche), di mana beliau menemui Oberlin, yang tinggal di Waldersbach. Perwatakan menarik Oberlin mendorong Legrand berpindah di sekitar Waldersbach, di mana Legrand membawa bersama kilang reben yang diasaskannya, dan tinggal di situ untuk sepanjang hayatnya.


Rujukan

WikiPedia: J. F. Oberlin http://www.musee-oberlin.com/index.php?lang=en http://catalogo.bne.es/uhtbin/authoritybrowse.cgi?... http://uli.nli.org.il/F/?func=find-b&local_base=NL... http://data.bibliotheken.nl/id/thes/p070856788 http://www.oberlinheritagecenter.org/researchlearn... http://id.worldcat.org/fast/160028/ http://mak.bn.org.pl/cgi-bin/KHW/makwww.exe?BM=1&N... https://www.beaconjournal.com/story/news/local/aur... https://www.routledge.com/John-Frederick-Oberlinh/... https://www.wsj.com/articles/oberlin-colleges-lega...